Langkau ke kandungan utama

Resepi Ayam Goreng Tepung Ala KFC (Original)





 Bahan-bahan (2-3 orang makan):


  • Sebelah paha ayam (dipotong)
  • Tepung ayam goreng original jenama "Bestari" (kalau nk pedas boleh guna spicy)
  • Serbuk perasa masakan Hilal (xde pun xpe)
  • Perasa "Maggi Cukup Rasa"
  • Garam 
  • Soda Bikarbonat
  • Mixed herbs
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan yang Cik Siti guna πŸ˜ƒ

Cara-cara:

1. Cuci bersih ayam yang dipotong. (cuci dengan sedikit cuka makan supaya isi ayam lebih pejal)


2. Rendam ayam bersama air garam(1 sudu besar) & masukkan 1 sudu besar serbuk perasa "Hilal". (kalau xletak serbuk "Hilal" pun xpe, just rendam dlm air garam pn boleh) Kemudian biarkan selama 15minit.



3. Selepas itu, toskan air 



4. Kemudian, untuk bahan perapan, masukkan 1 cawan tepung bestari original, 1/2 sudu besar "Maggi Cukup Rasa", 1/2 sudu besar serbuk "Hilal", mixed herbs (agak2 je, xnk letak pn xpe) dan 1 biji telur. Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Perap selama 30 minit supaya rempah masuk dalam isi ayam (lagi lama perap, lagi sedap)


Kalau bancuhan cair, tambahkan sedikit tepung bestari

5. Sediakan 1 cawan tepung kering (tepung bestari) dalam bekas yang ada penutup supaya senang nak salut ayam. (sy guna balang kuih jeπŸ˜„) Tambah 1 sudu teh soda bikarbonat dan sedikit mixed herbs.




6. Masukkan ayam dan goncang balang satu demi satu.  



7. Kemudian dalam bekas lain, sediakan tepung kering yang sama untuk salut ayam kali yang kedua.







8. Dah siap salut kesemua ayam, boleh lah goreng dalam periuk.


9. Sediakan minyak secukupnya dan panaskan minyak terlebih dahulu demgan api yg sederhana (jangan terlalu kuar dan jangan terlalu slow). Pastikan minyak betul-betul panas untuk goreng. Gorengan ayam hendaklah tenggelam dalam minyak.





10. Biar seketika gorengan bagi masak, barulah balik-balikkan. Bila gorengan menjadi kuning keemasan, boleh angkat dan toskan minyak. Siap dan boleh dihidang πŸ˜‹




Sedap dimakan panas-panas πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Selamat Menjamu Selera!!!!












Ulasan

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu #123 - Khai Bahar

Lirik Lagu #123 - Khai Bahar Lagu: Khai Bahar Lirik: Khai Bahar & Patrick Anohada Kau bagiku paling terindah Wajah ayumu itu Membuatku terpaku Aku manusia tak sempurna Tapi ku bisa berkata Demi untuk mencari cinta sejati Satu dua tanda tanya Banyak persoalan yang terlintas I wonder how to tell you this Aku malu padamu Ku pejam mata Terlihat bahagia akan tiba Bersamamu yang terindah Semua pasti bahagia Kau au au au wanita paling sempurna Berbeza dengan yang lain Kau teristimewa Kaulah cinta Satu dua tanda tanya Banyak persoalan yang terlintas I wonder how to tell you this Aku malu padamu Ku pejam mata Terlihat bahagia akan tiba Bersamamu yang terindah Semua pasti bahagia Kau membuatku jadi gila Manisnya dirimu Pasti kau milikku Satu dua tanda tanya Banyak persoalan yang terlintas I wonder how to tell you this Aku malu padamu Oooooo.......... Satu dua tanda tanya Banyak per

Resepi Begedil Ayam Cheese Sedapppp!!!!

Bahan-bahan: 5 biji ubi kentang (size sederhana) Bawang besar 1 biji (potong dadu) 3 batang daun sup (potong halus) Secubit garam (agak2 je) 2 sudu teh perasa "Maggi Cukup Rasa" (brand apa pun boleh) Isi ayam dicincang (ikut selera) Lada hitam ditumbuk (agak2 je, xnak letak pun xpe) *Cheese slice dipotong kecil (ikut selera, lagi banyak lagi sedap) *2/3 biji telur ayam *Minyak masak secukupnya  Cara-cara: 1. Kupas ubi kentang dan cuci bersih, kemudian potong kecil dan goreng sehingga empuk. 2.Tumbuk ubi yang siap digoreng ketika masih panas sehingga lumat. (jika sejuk ubi menjadi keras dan susah ditumbuk lumat) 3. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *, kemudian perasakan mengikut selera sendiri. 4. Bentukkan begedil menjadi bulat mengikut size yang digemari. 5. Kemudian tekan ditengah-tengah untuk meletakkan cheese yang telah dipotong kecil. 6. Selepas itu, bentukkan begedil menjadi bulat semula. 7. Kemudian, cel